CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 17, 2011

TM : Gangguan Internet Sementara Akibat Tsunami Di Jepun...

Salam...

Korang rasa internet korang slow? Facebook macam siput vavi? Jgn risau, komputer korang xda masalah, tapi kabel internet dasar laut yg ada masalah sb gempa Bumi kat Jepun hari tue.


Contoh kabel dasar laut
Petikan mesej dr TM...
Telekom Malaysia (TM) kini mengumumkan yang mana para pengguna internet di Malaysia mungkin menghadapi sedikit masalah pelayaran ekoran daripada beberapa kabel yang menghadapi masalah akibat tsunami yang melanda Jepun semalam.

Antara kabel yang menghadapi masalah adalah termasuk Japan-US Cable Network (JUCN) dan juga Asia Pasific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Malaysia kepada Amerika Syarikat dan juga Hong Kong.

Akibatnya, para pengguna yang melayari laman-laman web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara mungkin menghadapi sedikit masalah, termasuk masa pelayaran yang lambat, dan kesusahan untuk mengaksesnya.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah awal telah diambil untuk mengelakkan masalah tersebut, dan makluman terkini berkenaan proses pembaik-pulihan akan diumumkan TM dari semasa ke semasa.

P/s: Yang lain2 macam Celcom, Maxis, P1 Wimax, Digi pon akan ada masalah utk buka website2 dr luar sebab semua akan lalu kabel dasar laut...
Suka? Kongsilah bersama rakan2, he3...


No comments:

Post a Comment