CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 27, 2011

14 Fakta Menarik Pasal Doraemon

Hye semuer… Sape yang lahir tahun 80an cam Blur nie mesti time hari sabtu sebok dok depan TV time pukul 7.30… Sebab nak tengok katun yang paling famous time tue iaitu doraemon… Katun Doraemon nie memang top time zaman Blur kecik-kecik dulu… Sekarang nie pon katun nie masih belom tamat lagi dan masih lagi di tayang di NTV7 pukul 7.30 juga… Kadang-kandang ade movie die dekat Astro Ceria… Walaupon dah 20 lebih Blur still layan lagi… Sebab syok dari mengadap Facebook je hari-hari… Korang tahu tak fakta sebenar berkenaan Doraemon nie??? Jom layan…
1. Nama Doraemon sebenar dicipta daripada dua patah perkataan iaitu Dora & Emon…
2. Nama Doraemon dalam bahasa Jepun ditulis daripada gabungan huruf katkana & hiragana… Huruf katakana iaitu Dora (ドラ) & huruf hiragana untuk Emon (えもん)… Maka jadinya Doraemon (ドラえもん)…
3. Nama asal Doraemon ialah MS-903… Ini adalah nama asli bagi Doraemon yang dipanggil oleh sang pengcipta…
4. Tarikh lahir Doraemon ialah 3 September 2112…
5. Angka ajaib bagi Doraemon ialah 1293… Kenapa???
  • Berat 129.3kg (258 lbs)…
  • Tinggi 129.3cm (4’3″)…
  • Boleh berlari sehingga 129.3km/j (80.3mph) ketika ketakutan…
  • Melompat 129.3cm (424.2 kaki) ketika terancam bahaya…
  • Kekuatan maksimum 129.3bhp…
  • Saiz pergelangan tangan 129.3mm…
  • Saiz kepalanya lingkaran dada adalah 129.3cm…
  • Kaki berdiameter 129.3mm…
  • Ianya diproduksi Saptember 3, 2112 (12/9/3) di Pabrik Robot Matsushiba…
6. Nama kekasih Doraemon ialah Noramyako… Die break up dengan Doraemon kerana Doraemon dirasakan terlalu pendek baginya (setelah telinganya dimakan oleh tikus)…
7. Warna asli Doraemon ialah kuning… Setelah telinganya digigit tikus, dia menangis di atas menara dan minum ramua berlabel ‘kesedihan’… Ketika dia menangis warnanya luntur dan suaranya berubah kerana ramuan itu…
8. Sekolah Doraemon ialah Robot School (ロボット学校, Robotto Gakkō)…
9. Jumlah alat di dalam poket Doraemon ialah lebih kurang 4500 alat…
10. Alat Doraemon yang paling popular ialah:
  • Doko Demo Doa (Pintu Ke mana saja)…
  • Take-copter (Baling2 Bambu)…
  • Kuukihou (Meriam Senapan Angin)…
  • Time Machine (Mesin Waktu)…
11. Tombol turn on/off Doraemon adalah sebuah switch berbentuk bola kecil bulat yg menjadi ekornya…
12.  Dorami lebih hebat dari Doraemon… Dorami mampu menghasilkan kuasa sebesar 10000 tenaga kuda, berbandingkan dengan Doraemon yang hanya mengeluarkan sebesar 129.3 tenaga kuda…
13.  Dorami sebenarnya tidak langsung muncul dalam keluarga Nobita, namun di keluarga cicit-cicit Nobita di abad 22 yakni Sewashi… Dorami dibeli untuk menggantikan Doraemon, yang dibeli  untuk menemani Nobita…
14.  Doraemon berak cam ne? dia kan banyak makan dorayaki? Sebanarnya, sistem pencernaan Doraemon berupa mesin, dan mampu mengolah bahan apa pun (organik maupun no organik) menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa ampas…

(Found From Jiwakacau.com )

No comments:

Post a Comment