CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 16, 2011

Bumi Baru Dijumpai!

BUMI BARU


Saintis temui planet miliki banyak persamaan 
ANDAI bumi semakin tidak selamat diduduki berikutan pencemaran manusia daripada peperangan hingga pencemaran, mungkin penemuan baru sekumpulan pakar astronomi boleh dijadikan alternatif untuk didiami - andai ada syarat teknologi untuk sampai ke sana.
Pakar astronomi, baru-baru ini, mengumumkan penemuan planet yang disifatkan kembar bumi kerana miliki banyak persamaan tetapi bersaiz tiga kali ganda lebih besar dan mengelilingi bintang terletak 20 tahun cahaya.

Planet berkenaan terletak dalam ‘zon Goldilocks’ bintang itu - rantau di angkasa lepas yang menyaksikan keadaannya sama ada terlalu panas atau terlalu sejuk untuk membentuk lautan, tasik dan sungai. 

Ia bagaimanapun, dikatakan memiliki atmosfera dan graviti seperti di bumi yang menjadikannya kemungkinan besar boleh didiami. 

Penemuan itu berlaku tiga tahun selepas pakar astronomi menemui planet sama tetapi tidak sesuai diduduki di sekitar bintang sama. Penyelidik mendapati pertemuan itu menunjukkan alam semesta dipenuhi dunia seperti bumi. 

“Jika tidak, kita tidak sepatutnya menemui satu planet lain begitu cepat dan amat hampir. Bilangan sistem dengan potensi planet boleh diduduki berkemungkinan cuma 10 atau 20 peratus, dan apabila menggandakannya dengan beratus bilion bintang di Milky Way atau Bima Sakti, ia satu jumlah besar. 
“Besar kemungkinan berpuluh bilion sistem ini dalam galaksi kita,” kata Dr Steven Vogt yang mengetuai kajian berkenaan di Universiti California, Santa Cruz. 

Keputusan itu dihasilkan 11 tahun selepas pemerhatian di Pusat Pemerhatian W M Keck di Hawaii. Planet berkenaan beredar mengelilingi bintang kecil berwarna mereka dinamakan Gliese 581 di buruj Libra. Ia yang dinamakan Glieseg, terletak pada jarak 189,902,592,000,000 kilometer dari bumi - kedudukan yang amat jauh sehingga cahaya daripadanya mengambil masa 20 tahun untuk tiba di bumi! 

Ia cuma mengambil masa 37 hari untuk mengelilingi matahari yang bermakna setiap musim, planet berkenaan cuma bertahan beberapa hari. Separuh planet berkenaan sentiasa mengadap bintangnya dan berpanas sepanjang siang manakala separuh lagi sentiasa dalam kegelapan - menyamai bumi ketika malam. 

Tempat paling sesuai untuk kehidupan atau manusia pada masa depan terletak di zon antara kegelapan dan cahaya yang mengelilingi planet berkenaan. 

Jika Gliese 581g mempunyai kandungan berbatu yang serupa dengan bumi, keluasannya garis pusatnya kira-kira 1.2 hingga 1.4 kali ganda lebih luas daripada bumi. Graviti pula berkemungkinan serupa yang membolehkan angkasawan berjalan di permukaan tanpa sebarang kesukaran. 

Pakar astronomi kini menemui enam planet dalam orbit di sekeliling Gliese 581 - paling banyak ditemui dalam sistem planet berbanding sistem solar bumi. Dua daripada planetnya yang dikesan sebelum ini dicadangkan sebagai planet yang boleh diduduki. Bagaimanapun, ia terletak di kawasan melampau Zon Goldilocks - satu di bahagian panas dan satu di bahagian sejuk manakala Gliese 581g, sebaliknya, terletak di tengah-tengah. 

Bintang itu belum diberikan nama rasmi. Ia muncul dalam katalog bintang yang disusun oleh pakar astronomi Jerman, William Gliese, yang kemudian diberi nombor rujukan 581. 

Pakar menamakan planet yang didapati mengelilingi bintang dengan huruf. Lima planet yang ditemui sekitar Gliese 581 sebelum ini dinamakan daripada b hingga f, menjadikan penemuan terbaru sebagai Gliese 581g. 

Fakta 
Gliese 581g
 


  • Purata suhu permukaan: antara -31 darjah Celsius dan -12 darjah Celsius 

  • Jarak dari Bumi - 20 tahun cahaya atau 189,902,592,000,000 kilometer 

  • Masa diperlukan untuk mengembara ke Gliese 581g dalam roket yang berkelajuan satu persepuluh kelajuan cahaya atau 30,577.536 kilometer sesaat - 200 tahun 

  • Panjang tahun - 37 hari (berbanding bumi 365 hari) 

  • Jarak daripada matahari - kira-kira sembilan juta kilometer  






  • Agak-Agak korang nak pergi tak ke planet Bumi Baru itu? hehe





    No comments:

    Post a Comment