CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 20, 2011

Cara Menenangkan Diri..



Kekadang manusia selalu tak pernah lari dari kesilapan kekadang kita rasa menyesal,marah,geram dan sebagainya.Sebagai orang Islam terdapat banyak perkara yang dapat kita lakukan untuk menenagkan hati kita yang lagi marah untuk kembali sejuk.


  • Membaca Al-Quran
  • Tidak meninggalkan Solat
  • Selalu mengingati Allah akan membantu kita(Cara yang palin berkesan untuk menenangkan)
  • Melakukan aktiviti yang berfaedah
  • Berkumpul bersama keluarga dan bincang masalah yang dihadapi secara tenang.
Bagi aku dengan cari ini aku dapat menenangkan diri aku sendiri dengan cepat walaupun dalam saat yang bengang. Aku faham kerana semua orang pun ada masalah masing-masing dan kekadang tu nak bunuh diri pun ada. 
Semoga kita tidak termasuk yang demikian, karena agama kita memang melarang pemeluknya untuk melakukan tindakan keji, bunuh diri. Allah swt berfirman ;

وَلا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

            ”...dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. ”  (QS. An Nisa’ : 29)

Rasulullah saw bersabda

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
      
Barangsiapa yang menjatuhkan dirinya dari gunung hingga membunuh dirinya, maka ia akan menjatuhkan dirinya selama-lamanya di neraka jahannam kelak. Siapa yang meminum racun hingga membunuh dirinya, maka ia akan meminum racun tersebut untuk selama-lamanya di neraka jahannam kelak,  Siapa yang membunuh dirinya sendiri dengan besi (benda tajam), maka besi tersebut akan berada di tangannya, lalu ditikamkan ke perutnya untuk selama-lamanya di neraka jahannam kelak."

Semoga kita semua tergolong dari golongan yang beriman Amin..

No comments:

Post a Comment