CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 24, 2011

SPM Tidak Menentukan Masa Depan


Hari ini, 23 mac 2011 hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang lahir pada tahun 1993 sebab keputusan SPM dah diumumkan. yea.. amacam keputusan kau?
Aku dah lalui ini pada tahun lalu. 2010 – tahun untuk result SPM aku di umumkan. Perasaan memang haru biru sebelum pegi ambil result. Kau pula macam mana? Kalau kau mau tahu, kekadang aku rasa ingin ambil result tu cepat-cepat… then tetiba rasa pula takut mahu pegi ambil. Lastly, bila result dah ada di tangan… tiada perasaan pula. Happy tiada, sedih tiada.. tapi tetap bersyukur. Aku bukan pelajar kesayangan sekolah.. result ku tidak cemerlang sangat. Berbaloi juga result itu dengan pelajar malas. haha… WTH!
Hari ni news feed facebook memang meriah dengan perkataan “result spm”, “aku lulus”. Tahniah untuk rakan-rakan aku yang lulus dengan cemerlang. Cahaya masa depan baru terbuka… tinggal korang pilih saja mahu yang terang atau gelap. Kalau gelap, jangan main raba-raba. hahaha.. winking
Ok.. aku mahu menjerit ke telinga kamu, cuba dengar… “SPM tidak menentukan masa depan….” sekali lagi.. “SPM tidak menentukan masa depan….” dan sekali lagi… “SPM tidak menentukan masa depan….”
Mengapa? Sebabnya………..
  1. masa habis PMR dulu, mejoritinya.. pilihan untuk kursus pada tingkatan 4 adalah pilihan guru, ibubapa atau pembahagian secara random.. atau keputusan ikut kawan, tidak kurang juga ikut pasangan. Kawan masuk kelas akaun, kau pun ikut juga. Girlfriend masuk sains sukan, kau pun ikut juga. WTF!
  2. kau belum fikir masa depan masa habis PMR dulu. Maklum saja, kau baru berumur 16 tahun masa tu kan. Kau hanya fikir, susah atau senang aliran yang kau pilih masa habis PMR tu. Aliran sains confirm kau akan kata susah, tassawur islam confirm kau kata senang.
  3. Kau bangga masuk kelas sains.. masa dulu-dulu, orang tanya aku, “kau science stream ka?” aku jawab aku akaun.. mereka pandang rendah. Mungkin sama juga macam kau, orang masuk science stream kau pun mahu juga sebab di pandang tinggi setinggi bangunan sekolah kau itu. Setelah beberapa bulan, baru kau sedar science stream bukan untuk kau. Maka, kau pun berpindah randah ke kelas @ sekolah lain.
  4. Kau fikir student science stream senang untuk masuk Universiti.. itu persepsi ramai. Termasuk kau.. yea.. kau yang tengah baca ni. Tapi masa aku di sekolah dulu, aku ada ikut Karnival Kerjayadan aku di bagi tahu semua student berpeluang masuk Universiti ikut aliran semasa SPM. So.. realitinya, semua berpeluang ke Universiti walaupun kau aliran sastera.
Bukan hanya setakat yang di atas ni, mungkin ada lagi. Apa? kau ada fikirkan sesuatu? masukkan saja dalam ruangan komen di bawah ok.
Realiti kehidupan lepas pmr, sebelum SPM dan selepas SPM aku.. kau patut jadikan iktibar jika kau rasa ini berguna:
  1. Masa aku lepas PMR. Dulu-dulu, masa aku habis PMR, aku ada minggu orentasi tingkatan 4 di sekolah. Cikgu – cikgu bagi kenal dengan subjek dan aliran tingkatan 4 ni. Otak aku blur dan aku tidak tahu apa-apa. Memandangkan result aku ada ok sikit berbanding pelajar lain, aku di masukkan dalam kelas Prinsip Perakaunan. Sekali lagi aku ulang, PRINSIP PERAKAUNAN.
  2. Masa aku sebelum SPM pula. Aku belajar macam biasa dan aku sangat tertekan kerana aku baru sedar aku tidak minat Perakaunan. Aku tidak minat perakaunan tapi minat aku terhadap “komputer” semakin meningkat. Aku belajar komputer secara senyap dan menyendiri. Kalau kau tanya siapa cikgu aku, aku akan jawab, cikgu aku google dan youtube.
  3. Lepas result SPM keluar. Aku semak UPU, aku tidak ditawarkan mana-mana Universiti, tetapi aku semak politeknik.. aku dapat pula Diploma in Programming (Information Technology) di Politeknik Kuching Sarawak. Aku tidak pernah bayangkan aku akan ke Sarawak, dan akhirnya.. kini aku selesa belajar di sini.
So.. moral of the story, sehebat mana kelas yang kau duduk masa tingkatan 4 dan 5, tidak bermakna kau akan duduk dalam universiti yang bertaraf dunia.

gambar di atas ni gambar kenangan aku dengan kawan-kawan masa semester 1 – Julai 2010 yang lalu.
Kalau kau pilih kursus untuk Diploma atau program Asasi kau, baik kau pilih yang kau minat. Bila tersalah pilih, kau yang tanggung akibatnya. Dunia IPTA tidak sama dengan dunia masa kau berpakaian seragam putih dulu. Aku penat menaip karangan ini. big grin
Cerita ni kisah yang benar daripada bro Junaidiey http://www.junaidiey.com :)

No comments:

Post a Comment