CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 25, 2011

Motor Show Taiping 2011

Hari ini saja pergi jalan-jalan di Taiping Sentral sambil makan aiskrim mcD. Kebetulan ada Motor Show kat sana so aku apa lagi suka sangat-sangat r dah la Kereta benda yang aku paling minat haha. Gambar-gambar yang aku amik di bawah ni adalah kereta yang ada di sana tp camera Handphone je ler coz takak DSLR hehe.. apa pun tngok lah ok layanzz....

Kiri Proton Saga FL Kanan Honda Insight
First time tngok Honda Insight ni boleh tahan.. Dari segi rekaan bentuk luaran belakang(mcm Honda CRZ) dari segi dalaman aku tak sempat nak amik gambar coz gelabah banyak orang yang jenguk sangat mula-mula. Tapi dalam pun ok tapi bagi aku cuma centre console tu agak simple la jika dibandingkan dengan Honda City. Dari segi harga pulak amat berbaloi untuk sebuah kenderaan Hybrid cuma RM98000 On-The-Road :).
Sebelah sana pulak ada The New Saga FL, aku memang minat dengan Saga FL ni bahagian depan kereta tu nampak mewah(ala2 inspira pun ada gak) yang paling aku minat lampu hadapan dia amat menarik bagi aku jika dibandingkan dengan Saga yang lama manakala lampu belakang pulak kecik dari saga lama tapi ada LED .Interior dia ok cuma plastic tu kira ok la dengan harga yang berpatutan pada CD Player pulak ada USB port jadi senang la kalau nak dengar lagu ke ape ke direct trus main tak semak juga leh simpan CD elok2 kat umah hehe...

Gambar-Gambar Sekitar AutoShow
 

Kia Forte 6Speed
Ini adalah Kia Forte 6Speed kalau tak salah ini model 2.0. Forte ini mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan yang menarik dan ciri-ciri canggih yang lain contohnya seperti Reverse Camera,6 Airbags,UltraSonic Sensor,ABS With EBD,ESC Pack,Supervision Cluster,Electronic Chromic Mirror,Automatic Climate Control,Bluetooth dan macam-macam lagi. Forte yang baru ini mempunyai lebih 'gadget' daripada yang sebelumnya. Exterior Forte ni memang lawa orang pandang tak lepas oo.. Lebih berbaloi daripada Altis,Civic dan Sylphy dan Forte juga mempunyai pelbagai ciri yang Altis,Civic dan Sylphy takda..  Harga untuk 2.0 SX adalah RM97xxx manakala untuk 1.6SX or EX RM86000(SX) dan RM78000(EX) jenguk-jenguk la ke Showroom sekarang dan buat pilihan sendiri. Forte juga telah menang Car Of The Year dan Amazing Values For Money. :)

Mercs E300 AV


Rear Passenger CD Player
E300 Interior


Ni pulak Mercs yang mewah yang susah untuk orang ramai memilikinya(Dato2 leh la) hehe... Dari segi bentuk luaran memang sungguh Mewah dan menawan tetapi kerana Harganya semua orang daripada menawan terus jadi merana haha iaitu berharga RM470000! Tapi takpa kalau yang kaya tuh anggap mcm 40K je haha.. Ciri-ciri dia memang outstanding! Aku tak dapat nak sebut bnyak disini kerana terlalu banyak antara nya Monitor Screen di belakang headrest(2bijik!) Lepastu rear seats ada 4 aircond Vent yang boleh adjust sendiri(Kalau tak sejuk lagi saja la) Di bawah tempat duduk reat seat(yang tengah)tu ada CD PLAYER jadi rear passenger boleh pasang lagu apa sesuka hati dorang la(Dashat tak dashat keter nih).

Hyundai Sonata

Hyundai Sonata baru ni memang terpegun kalau semua orang tengok dahlah harga yang berpatutan RM137K(Low Spec) dalam harga macam ni kita dah dapat pakai kereta yang sama taraf dengan Mercs dan BMW. Jika nak dibandingkan Sonata dengan Accord and Camry memang Dorang kalah teruk r Sonata menang. Ok dari segi bentuk luaran menunjukkan bentuk yang aerodynamic yang berasaskan dari bunga Orchid(Apa yang sama dengan orchid pun tak tau la)hehe.. Interior dia memang perghh lawa memang mewah.. Dengan lengkapnya 6-speed dan ciri-ciri keselamatan yang lain kereta ini amat berbaloi. Kereta ni memang aku nak suruh bapak pakai tp apakan daya cuma lihat je lah haha.. (InsyaAllah) Walauapapun gi showroom tengok sendiri dan nilai.
Hyundai Sonata 
Ruang dalaman yang cukup luas untuk seisi keluarga dengan mempunyai pelbagai ciri yang menarik.
See the picture below for more photos:




Nissan Teana Interior




















2 comments: