CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 13, 2011

Golongan yang berjaya dalam kehidupan

Salam,manusia yang berjaya iaitu manusia yang selalu bangkit dari kegagalan yang lepas,ianya menjadikan kegagalan yang lepas sebagai motivasi pada diri ,saya salah seorang dari golongan insyallah bangkit dari kegagalan yang lepas :) .
Jika bertanyakan kejayaan, semua orang mengimpikan kejayaan samada di dunia mahupun akhirat. So apa yang saya ingin kongsikan iaitu golongan mereka yang berjaya dalam kehidupan.
  1. Orang yang berjaya dalam kehidupan iaitu orang yang bukan tanpa kekurangan tetapi dia gigih memperbaiki diri.
  2. Orang yang berjaya dalam kehidupan,iaitu orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain,mean bukan cemburu untuk menjatuhkan individu tersebut :) .
  3. Orang yang berjaya dalam kehidupan iaitu orang yang sentiasa mendapat pertolongan dari Allah swt.
  4. Orang yang berjaya dalam kehidupan iaitu orang yang sentiasa mengharungi rintangan dalam kehidupan :) .
  5. Orang yang berjaya dalam kehidupan orang yang tidak takut pada kegagalan dan sering mencari punca kegagalan tersebut.
So atas ada sedikit pandangansaya berkaitan golongan mereka yang berjaya dalam kehidupan,semuga kita semua dalam golongan orang yang sentiasa berjaya didunia mahupun akhirat kelak :) . Saya bukanlah seorang yang pakar bab motivasi diri,just berkongsi apa yang terlintas dalam minda :) .
Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombongkufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman. (Hadith Riwayat Al-Haakim)

No comments:

Post a Comment