CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 18, 2011

engenali Jenis-Jenis Status Di Facebook

Sejak aku memiliki akaun Twitter, aku sudah jarang meletakkan status di wall aku. Eleh kalau takde Twitter pun bukannya aku selalu letak status di wall. Sepanjang beberapa tahun berkecimpung di laman web sosial Fesbuk ini, terdapat pelbagai jenis status yang telah aku lihat. Ada status yang witty, ada juga yang klise malah menjengkelkan kerana hari-hari terpampang jenis status yang sama di news feed. Maka hari ini kita akan mengkaji jenis-jenis status yang umum di Fesbuk.

1) Status PMS

Ini adalah status yang paling lazim, paling kerap, paling popular di Fesbuk. Jika anda ada kawan perempuan, anda pasti akan melihat jenis status ini selang 2 hari. Status ini selalunya bersifat cryptic, di mana hanya penaip status sahaja yang tahu kisah latar belakang status itu serta identiti orang yang dicarut. Status-status seperti ini memang bersifat memancing simpati mahupun reaksi daripada kawan-kawan, di mana mereka akan bertanya "What happened?" namun begitu soalan-soalan tersebut tidak sempat dijawab kerana dia akan membuat status PMS yang seterusnya. Btw di bawah ini contoh sahaja Zati yang sebenar tidak emosional begitu.
                       
2) Status komposer

Jika ada sesebuah lagu yang sedang hangat mendapat airplay di radio, anda pasti akan melihat bait-bait lagu tersebut sebagai status di Fesbuk. Tanpa mengira situasi, anda akan melihat lirik 'Like a geeesik like a geeeesik' mahupun lirik lagu Bruno Mars daripada jejaka-jejaka yang bajet romantis. Kalau yang nak tambah mesej ketuhanan tu sudah pastilah akan meletakkan bait-bait daripada lagu Maher Zain versi Melayu yang sedang memanjat carta.

'Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan...'


3) Status Dr Fazley Yaakob

Kalau orang putih depa panggil Status Dr. Phil. Status jenis ini memang bagus sebenarnya. Status-status sebegini pandai bermain dengan kata-kata, dan bertujuan untuk memberi motivasi dan rangsangan kepada pengguna lain. Tetapi bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan kata-kata yang fancy tanpa sebarang usaha di pihak kita. Jangan lupa meletakkan siapa sebenarnya individu yang melafazkan quote tersebut. Kami tak percaya yang anda mampu mengeluarkan kata-kata nasihat berdasarkan keperibadian anda yang gemar ceploit-ceploit itu. Lainlah kalau anda ni Dr. Fazley. Eh Fazley je mana ada pangkat Dr.

'Jangan abaikan rakan yg kerap sms dan call kita utk bertanya khabar semata2 utk mengejar rakan yg sering lari apabila kita call atau sms - Fazley Yaakob'

'Jangan sering bertanya, "kenapalah aku tak hensem/cantik macam dia?". Seringlah cari kekuatan dan kelebihan diri supaya minda kekal positif - Fazley Yaakob lagi'

4) Status prasekolah

Saya faham, gaya penulisan di Internet sememangnya ringkas dan padat. Kita mungkin tidak menggunakan apostrophe, ataupun menggunakan abbreviasi sebab kita anggap orang kita ni bijak boleh berfikir sendiri apa yang kita cuba sampaikan. Namun begitu, bak kata kugiran Bittersweet dalam iklan di Xfm, nak tulis ringkas boleh, tapi biarlah sampai maksudnya. Tatabahasa salah sedikit tidak mengapa, tapi janganlah sampai dilabel tidak reti mengeja dan mengada-ngada. Penambahan huruf 'W' di setiap penghujung perkataan juga tidak membantu.

Ah boing la aq ckp korunk x phm pn mls lyn bek g ceploit2 jew.

5) Status obses dengan diri sendiri

Status ini bersifat narcissistic di mana dia akan menulis sesuatu status secara rawak, kemudian dia akan Like status sendiri sebelum membuat komen-komen susulan kepada diri sendiri. Sepi tanpa ada komen daripada orang lain. Sedih.


6) Status AC Mizal dan kawan-kawannya

Dalam memilih kawan di Fesbuk, anda seharusnya bersifat selektif dan tidak membabi buta menambah semua orang sebagai rakan anda. Ini kerana tidak semua orang ikhlas berkawan dengan anda. Contohnya, ramai orang add aku di Fesbuk sebab semata-mata melihat gambar profail aku yang boleh masuk majalah Mangga. Sama juga dengan anda, kalau ada orang main add je anda walaupun anda tak kenal mereka, mereka mungkin ahli penjual bengkung Premium Beautiful mahupun sindiket Login Fesbuk Dapat Sratos. Once anda sudah add mereka, wall anda akan dipenuhi dengan promosi-promosi terbaru yang misleading disertakan dengan ayat-ayat nasihat yang menusuk hati.

7) Status special character

Kalau nak buat password yang 'strong', kita kena letak special characters. Tetapi ada juga orang yang menggunakan special characters ini di dalam status masing-masing bagi menggambarkan emosi yang sedang dialami. Sekadar special characters, tiada ayat lain. Contohnya:

a) .... = ini maksudnya dia tak tahu nak cakap apa, tetapi rasa obligated untuk menulis status.

b) !!!! = ini maksudnya dia sedang mengalami kejutan. mungkin testis dia senak secara tiba-tiba.

c) ???? = ini maksudnya dia sedang tertanya-tanya ataupun terlupa bagaimana niat mandi junub.

d) #%^&$*(& = ini maksudnya dia lupa logout Fesbuk lepas tu anak dia yang masih kecil tekan-tekan keyboard.

Begitulah antara status-status yang kita boleh lihat di Fesbuk. Ada juga status-status lain seperti menjadi Datuk Bandar Foursquare, status LOL tiba-tiba, mahupun status kejayaan ladang / restoran masing-masing tapi aku sudah mahu pergi kerja tak sempat mahu tulis. Apa yang aku sedar adalah, jika korang membuat status-status di atas di Twitter instead of Fesbuk, orang lain yang membacanya tak rasa annoyed pun. Jadi kalau korang ni memang jenis yang beremosi, ayuhlah segera mendaftar di Twitter. Apa lagi jenis status yang menarik di Fesbuk?


No comments:

Post a Comment