CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 3, 2011

Eh Biar Betul?!!

Asyik2 babi saja. Kesian kat ang babi oi..

  
  Assalamualaikum, memang betul sekarang sudah masuk hari puasa yang ke-3,kejap je kan? Ermm walau macam mana pun lapar dan ritangan yang lalui ke atas diri kita ini kita haruslah menunaikan perkara yang wajib walaupun penuh dengan dugaan dengan ikhlas.

  OK. Aku saja surf di internet pasal perkembangan semasa dan aku terjumpa satu article yang menyatakan Sosej Pulut dan Kek Ayam yang sedang hangat dijual di merata-rata bazaar ramadhan mengandungi DNA babi dan tidak halal untuk dimakan. Dugaan-dugaan dibawah ini antara petikan yang dipetik oleh Harian Metro.

   Harian Metro melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkanmengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, diharapkan agar orang ramai tidak lagi membeli sosej berkenaan dan pihak berkuasa harus menjalankan pemantauan dengan melarang penjual daripada terus menjual makanan tersebut. DNA babi tersebut dipercayai digunakan untuk memastikan sosej tahan lebih lama.

No comments:

Post a Comment