Assalamualaikum.. Hari ini telah sampai Bulan Ramadhan kepada kita. Alhamdulillah kita masih dapat merasakan kedatangan ramadhan pada tahun ini. ^^ Di Taiping waktu berbuka puasa pada hari ini ialah Jam 7.36PM hmm pada mulanya memang agak letih tetapi ini amanah Sang Maha Pencipta untuk kita kan? :) Kita lalui dengan seadanya dan dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah~
Setelah waktu petang menjelma pada petang tadi mulalah ramai orang muslim yang berpuasa bersiap sedia membeli barang makanan di Pasar Ramadhan ataupun Bazaar Ramadhan yang berdekatan pada petang tadi.Memang ramai kereta sesak di jalan raya tadi walaupun begitu Bazar ramadhan tersebut mendapat sambutan yang hangat kerana ramai yang terpusu-pusu ke tempat itu.
Oleh kerana Bazaar Ramadhan di Jalan Batu 2/5 sangat ramai dan sesak aku dan juga mak aku pergi lah ke Bazaar Ramadhan yang lebih dekat iaitu Taman Kaya. Di sana tidak lah sesak seperti di R&R(batu 2/5) itu tadi. Di sini juga terdapat ramai peniaga tetapi masih tidak dapat melawan yang di R&R itu. Di sini aku ingin menunjukkan beberapa gambar yang sempat aku ambil tadi waktu berada di Bazaar Ramadhan Taman Kaya.
Chakoi |
Tergugat iman tengok air ni kan? huhu |
Fuhh! Tergugat imanku hehe |
No comments:
Post a Comment