CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 10, 2011

Demam Menyerang Lagi!

 

   Assalamualaikum...

   Hari ini dah termasuk hari yang ketiga aku tak p ke sekolah kerana demam. Pada awalnya asthma menyerang pada pagi hari isnin iaitu selepas bangun sahur aku pun makan la seperti biasa lepas tu badan rasa sejuk semacam lepas tu mak aku 'check' dan rasa kat dahi aku memang panas,ermm sah2 la demam. Sampai la hari Rabu sekarang ini. Apa yang boleh aku katakan ialah dugaan di dalam bulan puasa kita haruslah sabar dan menjalani kehidupan dengan ikhlas.

Tetapi mak dah pun jumpa guru kelas aku semalam dekat sekolah alhamdulillah cikgu cakap tak apa.Hari ini pun tadi aku sakit perut memulas asyik nampak jamban jer.. nasib baik tak p sekolah kalau tak dah menyusahkan diri dan pihak sekolah pulak. InsyaAllah moga-moga aku bernansur pulih penuh pada malam ini sebab esok ada Pre-Trial Exam. Amin...

p/s: Aku ni ada penyakit asthma,memang susah rasanya untuk bernafas apabila asthma menyerang dan kadang2 rasa macam nak mati. So bersyukurlah kepada sesiapa yang tidak mengalami penyakit seperti ini ya :)

No comments:

Post a Comment