CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 24, 2011

Sibuk Dengan Assignment Yang Diberikan Guru

Mulai minggu ini aku akan mula sibuk dengan assignment yang diberikan oleh Guru aku.Aku sudah mula sibuk untuk mengumpul segala maklumat yang diminta oleh guru untuk menyiapkan assigment yang telah diberikan.Aku terpaksa membahagi masa untuk belajar dan mengumpul maklumat.Bukan itu saja aku kena lukis apa yang diminta oleh Guru hingga kekadang tak sempat nak berehat. Ini lah yang aku kena buat tuh.. huhu memenatkan..
Bahan Yang Dicari

Bahan yang dicari tu nampak mudah kan? Tapi sebenarnya tidak juga kerana kita harus print dengan cermat lepastu lekat dia atas paper warna. Yang paling susah bagi aku apabila waktu potong petak-petak tu kena guna Pisau(pisau yang tolak atas bawah tu ape benda nama ntah hehe) lepastu dah la guna pisau kena bagi sama pulak tu sisi dia kena bagi petak betui-betui(tp aku buat senget gak hehe) kalau senget dan tak kemas habislah kena kurang markah urrghh... X_x
Bahan yang Dicari
Bahan-bahan tu terdiri daripada Cawan(kena cari macam-macam jenis cawan di internet),Bunga(Macam-macam jenis yang anda suka) dan Haiwan or Serangga(boleh pilih Ikan Laut ke,Rama-Rama ke terserah la) kalau nak lebih elok lagi kena cari yang unik-unik baru nampak lain sikit dari yang biasa hehe..


fuhh... lega buat masa sekarang ni telah pun selesai buat assignment kemungkinan esok akan ada sambungan lagi kiranya takdak masa la nak relax goyang kaki,minum teh waktu petang tepi jendela haha.. Nanti cuti 1minggu ada kelas kena ganti adoi.. memang btoi-btoi takdak waktu untuk rest la.. pening...  Anyway i try to calm my self..(Sabar-sabar faris... hehe) Toodles! ;)

Wednesday, February 23, 2011

Tong Sampah Berteknologi Tinggi

Teknologi sekarang pun sudah makin maju dan berjaya menghasilkan pelbagai benda yang 'futuristic' yang menakjubkan. One of them ialah Tong Sampah. Dibawah ini adalah tong sampah yang berteknologi tinggi.


1) Share Trash Can ciptaan Burak Kaynak

share trash can
Ini adalah tong sampah yang diilhamkan daripada fungsi share atau like button di facebook. Setiap kali anda memijak perkataan share counter itu akan meningkat. Diharapkan dengan adanya counter tersebut orang akan berlumba-lumba untuk buang sampah paling kerap.. harapnya la..

2) USB Flash Drive Recycle Bin

usb-flash-trash-can
Kononnya ia kelihatan sama seperti icon recycle bin yang terdapat di desktop anda. Selain digunakan untuk membuang segala macam sampah, ia juga bertindak sebagai recycle bin untuk mengosongkan segala macam sampah dalam pendrive anda. Tetapi berhati-hati, tong sampah ini tak mengenal baik atau buruk. Mungkin dia akan buang segala file di pendrive tanpa sebarang usul periksa. Mungkin la.. :D

3) Minus Concept Trash Can

Tong sampah ini adalah penyelesaian bagi masalah sampah organik yang akan menjadi busuk setelah beberapa ketika dibuang dalam tong sampah. Hasil kreativi penciptanya, Cem Tutuncuoglu telah mencipta tong sampah yang akan membekukan sampah di dalamnya. Dengan itu, sampah tersebut tidak akan berbau busuk dan bakteria tidak akan membiak. hohoh menarik tapi jangan ada yang jadikan peti ais diorang macam tong sampah ni dah le.

4) Biopod

bacteria killing trashcan
Tong sampah ini dicipta oleh Jonathan Fenton juga bertujuan untuk membunuh bakteria pada sampah dengan menggunakan proses vacum ionization. Dengan cara itu, bakteria akan dibunuh dan bau sampah juga dapat dicegah.

5) Soccer Ball Trash Can

Soccer Ball Trash Can
Tong sampah ini bukan sahaja kelihatan seperti bola, malah ia juga boleh dimainkan seperti bola. Sangat sesuai pada musim demam Piala Dunia Fifa sekarang ini. Selain itu, ia juga sangat ideal untuk dibawa pergi berkelah :D

6) Barcode Trash Can

Barcode Trash Can
Tong sampah ini sama seperti tong sampah kitar semula yang pelbagai warna yang banyak terdapat di Malaysia. Bezanya, penciptanya telah menjadikan ianya lebih maju lagi. Woo Seok Park telah menambah function barcode reader di tong sampah itu. Apabila kita scan barcode sampah tersebut, tong yang sesuai dengan jenis sampah itu akan terbukak. Sangat menarik dan berguna, tapi jangan la cuba scan sampah organik macam makanan basi. Memang sampai esok takde tong sampah yang akan terbukak.

7) Tri3 Trash Can

Tri3 Trash Can
Tiada apa teknologi yang terlampau maju di tong sampah ini. Cuma ia mempunyai pelbagai bahagian agar penggunanya dapat mengasingkan sampah organik dan sampah-sampah lain.

8) Trash Tech for Solution Compost

Trash Tech for Solution Compost
Tong sampah ini juga boleh digunakan sebagai pasu bunga. Pokok akan ditanam dan hidup dengan bantuan baja kompos yang tercipta dari sampah yang dibunag di tong sampah ini. Sangat berguna sebagai bahan perhiasan yang mahal dan menarik dan hijau :D

9) Trash Can Hard Drive

Trash Can Hard Drive
Kebiasaannya, kita akan membuang segala file atau folder yang tidak digunakan di dalam recyle bin. Dengan meletakkan di recycle bin kita mampu untuk mendapatkan semula file tersebut jika perlu digunakan. Tetapi terdapat kekangan untuk meletakkan sampah di recycle bin kerana ia akan memakan space. Itulah gunanya tong sampah ini. Ia bertindak sebagai external recycle bin sebesar 250gb untuk menyimpan segala macam sampah anda.

Tasik Yang Bercahaya Di Waktu Gelap

Fenomena Pelik yang berlaku Gippsland Lakes in Victoria, Australia. Dimana tasik bertukar menjadi cahaya kebiru-biruan apabila malam. Peristiwa tersebut dirakamkan sendiri oleh seorang jurugambar, Phil Hart. "Ianya seperti kami bermain dengan cat radioaktif," kata Phil yang mana sempat mengambil gambar rakan-rakannya berendam dalam tasik itu di dalam kegelapan malam.








Cahaya biru ini terhasil dari reaksi kimia yang bernama bioluminescence, dimana ianya berlaku apabila secara tidak sengaja mikro organisma di dalam air tersebut terganggu. 

Indahnya ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah cantiknya, biarpun ianya agak menyeramkan, bayangkan ditengah malam-malam buta, gelap pula tu, tetiba cahaya biru terpancar dari tasik. Apa-apa pun cantik kan? kan? kan?




Kata-Kata Hikmat dan Nasihat

Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah........
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik 
walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan
telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada
bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila 
masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya
enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. 
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam 
dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung 
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.Oleh 
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu
tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu
sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua 
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan 
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata 
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat 
berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu 
dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan
dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan
yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia
bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar,tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu
Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);
Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jikakebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. 
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti
duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan
mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan 
mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita
sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan
yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."


Tuesday, February 22, 2011

Masalah Dunia




Di dunia ini semua ada masalah masing-masing jadi kita tak payah la nak gembira kerana orang lain ditimpa masalah. Sebab kita sendiri pun ada masalah jadi fikir dan renungkanlah...