Tadi dalam pukul 7.40pm lepas solat mahgrib aku dan mama aku pergi ke Pasar Malam Jumaat(The Best Pasar Malam). Selepas sampai ke tempat destinasi tersebut aku ngan mama aku pun turun la dari kereta. Tetiba aku dengar suara tangisan bayi(mula2 ingatkan kucing) mulanya tak tau bunyi tu asal dari mana. Lepastu ada satu abang tu cakap 'ada ka tinggal anak dalam kereta dah la baru 1bulan+) aku ngan mak aku pun terkejut!
Lepastu kesian tengok baby tu tengah menangis sorang-sorang dalam sebuah kereta kancil tu,nasib baik lah pintu tu tak dikunci dan nasib baik mama aku kalau muka pecah rumah ke? Penculik ke? macam mana?!
Aku dengan mama aku serta abang yang lalu lintas di situ tunggu la hingga bapak budak tu sampai dalam 5-10minit selepas tu(tak sampai hati nak tinggal). Akhirnya bapak dia tu sampai jugak.. mama aku kata la kat bapak dia 'abg mana boleh sesuka hati tinggal anak mcm ni macam mana kalau kena culik' muka dia waktu tu aku tngok dah gelabah gila dah plus tergagap-gagap lagi.
Lepastu aku dengan mama aku pun teruskan perjalanan untuk membeli makanan kat pasar malam tersebut.
Moral from the story is: Jangan sesekali tinggal anak kecil dalam kereta semata-mata nak pergi ke pasar malam! Kalau orang culik macam mana?! nak meyesal pun tak guna dah! OK =)
Baby tersebut :'( |
pungguk: itu la mmg 1st time terjadi depan mata saya sendiri ni!.. Ntah la bini pun leh wat tak tau jer.. ade ke patut
ReplyDelete