CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 29, 2011

Sila Sediakan Tisu Sebelum Membacanya

Salam kepada semua reader disini. Saya ada beberapa perkara yang nak share dengan anda semua terutamanya kaum Hawa. Sila baca dengan teliti. Sila sediakan tisu sebelum membacanya ok.. hehe


Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B: 
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. 

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Friday, October 7, 2011

CEO Apple Steve Job Meninggal Dunia!




  
Semalam kita dikejutkan dengan kematian CEO Apple iaitu Steve Job. Kita tahu sebelum ni dia menghidap penyakit kanser yang parah dan sangat bahaya terhadap kesihatannya.Justeru itu, kita kehilangan pencipta gadget yang paling popular di serata dunia iaitu Iphone, Ipod , Macbook dan banyak lagi. Jasa beliau amat dihargai oleh kita semua. Dikatakan jugak beliau adalah seorang muslim kan? tapi tak pasti samada benar atau tidak kerana banyak pendapat yang berlainan. Semuanya berserah kepada Allah jikalau beliau mati dalam Islam semoga Allah merahmatinya.. Sekalian...~ :(

Antara Product yang dicipta olehnya:
 



*Update: Sungguh sayang sekali dia belum dapat hidayah sebelum meninggal dunia. Semoga akan ada orang Islam akan menggantikannya.. 

Wednesday, October 5, 2011

Iphone 5 And Iphone 4S Is Going To Launch For Another Few Mintute!

     According to the report, the iPhone 4S will be announced today sporting an 8 megapixel camera, A5 processor, 1 GB of RAM, improved optics, and a “more accurate differential GPS stage. The camera will be manufactured by Sony as reported before. 

Sources familiar with Apple’s plans have revealed to us that Apple will indeed debut the new iPhone 4S today, featuring an 8-megapixel camera with “improved optics” and a “more accurate differential GPS stage” thanks to Apple’s new Qualcomm chipset. But all but confirming that the device will feature Apple’s new A5 processor and include 1GB RAM, as tipped in previous reports , noting that the device will retain the same dimensions and design as the iPhone 4.

It show that the Iphone 4S improve dramatically! Perhaps the price remain low. As we can see all the youth love the Iphone 4 model so we hope that the 4S version will be much merrier! ^^

Heard that the Iphone 5 will launching next year not this year. They say the Iphone5 launching was a hoax. Ermm.. but let's see what is going to happen for another minutes. :)

Update* The Iphone4S is still remain it camera at 5Megapixel it was a sad news but have to accept it :/ Click the link > 
http://www.gsmarena.com/apple_iphone_4s-4212.php 

Monday, October 3, 2011

PMR 2011 !


Salam Sejahtera. 

  Esok tepat 4.10.2011 semua pelajar Tingkatan 3 akan menduduki Peperikasaan Menengah Rendah ataupun dikenali sebagai PMR. Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya/ Good Luck! Jangan sia-siakan peluang sesekali didalam seumur hidup ini ok masih sempat untuk baca buku pada malam ni. All the best to all the candidates k! =D

Sunday, October 2, 2011

Popiah Goreng Homemade

Salam 1Malaysia. Hari ini tepat jam kul 7.30 aku ngan mak aku membuat popiah goreng untuk dimakan malam-malam sabil mempekena aiyaq teh panaih hehe. Sedap jugak buat popiah ni,dan kita boleh jimat daripada beli kat luar. Kita buat sendiri bermodalkan kecil kecilan saja tapi dapat banyak, kat luar tu 3 RM1 dah la dalam taugeh saja semata. Ni lega aku buat ngan mak aku tadi ada carrot,gobis dan telur.

Dibawah ni adalah bahan-bahan yang diperlukan. (Simple je)
  • Kain Popiah
  • Sayur: Carrot,Kobis (nak letak taugeh pun boleh)
  • Telur,Udang(Kalau nak letak la)
  • Tepung(Untuk dibuat gam)

Kain Popiah(untuk samosa pun boleh)


Tepung untuk buat gam

Ni adalah intinya

Lipat2 jadilah macam ni

Nak buat popiah ni simple dan mudah ja. Cuma susah sikit bila nak koyak kain dia tu la melekat sikit.. tp haruslah sabaq dalam melakukan apa2 pekerjaan kan? hehe Peace!

Pekerja Maxis Yang Cilakak!


Hi kepada semua yang sudi membaca blog saya. Saya nak cerita sikit pasal kejadian semalam dekat maxis centre. Waktu tu saya nak pergi bayar bill broadband buat kali pertamanya sebab register petang raya hari tu ada promotion tapi pekerjanya sungguh cilakak dan tidak berwibawa. OK dibawah ni adalah conversation saya dengan si pekerja yang siala*n tu tak padan ngan pompuan.

  Pkerja.Cilakak: Nak bayar apa? Broadband atau line?

Saya:Nak bayar broadband.

  Pkerja.Cilakak: Bak i/c.
Saya: Err.. account ni atas nama bapak saya. Dia ada kat KL

  Pkerja.Cilakak: kalau macam ni susah r! (tak pasai2 naik baboon).

Saya: kalau macam tu kena tunggu dia balik r.

  Pkerja.Cilakak: Call r dia ka apa mintak number ic! (Pesal xckp dari awal2 bangang! haha)

Saya: Cakap r awal2 nak number ic saja sy ingat tuan yg register pun kena mai! (aku pun mula la nak mengamuk)

  Pkerja.Cilakak:......

Saya: nah ni number ic dia. (tunjuk dalam henpon)
 
  Pkerja.Cilakak: baca2! (dengan nada marah dan dah malu kahkah)

Saya: enam kosong blah2.... (dengan pantasnya baca)

  Pkerja.Cilakak: ok. RM68.

Saya: Huh?! RM68?

  Pkerja.Cilakak: ha!

Saya: Haish.. dulu petang raya bukan main cakap ada promotion semua RM58 saja sampai tahun ni rm68 pulak dah?! (dengan marahnya)

  Pkerja.Cilakak: bukan awak amik 3gb lite?! (tapp! tangan kat     kepala sendiri sudah pening)
 *Lalu dia panggil seorang pekerja kerana sudah pening ma! haha. Last sekali dia terang apa yg patut kat si mangkuk ni.

  Pkerja.Cilakak: K. RM57(dengan malunya...)

Saya: nah!

 Pkerja.Cilakak: Terima Kasih.

p/s: Lain kali kalau tak tau nak buat jangan kerja asyik2 nak marah saja last sekali kena 'sound' balik dengan aku padan muka kan?! senang2 nak marah aku ingat aku tak berani nak lawan balik?! Last kali malu 3 kali dah haha. k bye2.. :D

Saturday, October 1, 2011

Apabila Citroen & Peugeot rebadge Mitsubishi ASX!

Hi semua. Kat sini saya ada beberapa keping gambar yang menunjukkan apabila kereta jenama luar negara yang terkenal iaitu Peugeot dan Citroen me'rebadgekan' Mitsubishi ASX dan hasilnya lihatlah di bawah:



Peugeot  4008


 Citroen C4 Aircross


Gambar Asal Mitsubishi ASX
Gambar Asal Mitsubishi ASX 

*Apa pendapat korang semua? Pandaikan diorang rebadge sampai tak nampak macam Mitsubishi ASX langsung! Terbaek~